Monday 23 March 2015

GST: aku masih keliru.

These two three days aku x post aper2 kat blog nih sbb aku tengah carik info tentang online business.Selain tu aku sibuk la kononnyer alter blog nih bagi cantik sikit sebelum buat post baru. 

Lom ada topik yang menarik nak kongsi. Cuma nak luahkan rasa tentang GST. Kebetulan lak GST really around the corner, 1st April tinggal few days jer lagi. 


Sumber: SMEcorp

Aku ni senang cakap memang kurang arif pasal GST nih. Makin banyak maklumat yang aku baca pasal GST nih lagi confuse lak rasanyer. Merujuk berita2 yang pihak kerajaan maklumkan GST sepatutnyer "tidak akan membebankan" rakyat. Tapi sejauh mana kebenarannyer?



Baru few days back dah diumumkan oleh SPAD tambang public transport naik. Sedangkan yang aku faham; refer chart yang aku sertakan nih, "public transport adalah dikecualikan dari GST".Kalau dikecualikan kenapa naik?

Sumber: Savemoney.my

Betul ker GST tidak akan membebankan kita semua? sedangkan banyak pihak2 yang menyatakan bantahan. Contohnyer oleh pihak PKR. 




Sumber: Keadilandaily.com
 Sejujurnyer bagi aku, satu soalan jer yang aku nak tau sangat jawapannyer iaitu Jika semua yang terlibat dengan GST (selain pengguna), boleh membuat tuntutan 6%GST tersebut kepada kerajaan kenapa pengguna masih dicaj gst? 

Contohnyer: Makan direstoran makanan segera, pelanggan akan dicaj GST 6%, kemudian pihak restoran tersebut akan buat claim / tuntutan pada pihak kerajaan pulak GST tu, So caj pelanggan 6%, dan claim dari kerajaan 6%, double kot. 
 [Kepada yang nak cakap "jangan makan kat restoran, simpan kat kepala anda jer komen tuh ok :D , ni contoh diulangi contoh jer ok ]

Jadi kalau ada lar yang baca post nih dan tersangat lar arif tentang GST, mai lar kongsi maklumat tuh kasi clear. Jadi sebelum ada yang nk hentam ker aper, sekali lagi aku nak nyatakan aku mmg sungguh tak paham tentang GST yang bakal dilaksanakan April nih.  Jadi tolong lar bantu aku bukan hentam aku ;p

Suka atau tak, rakyat marhaen cam kita semua ni kena lalu gak semua nih kan. Samada membebankan atau tak, hidup mesti terus. 


No comments:

Post a Comment